Tuesday 21 June 2011

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.




MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi

BENGKEL PENGGUNAAN ICT

Dalam entri Teka Gambar Saya Waktu Darjah Enam, saya ada maklumkan tentang aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang berlangsung pada hari Sabtu lepas. Alhamdulillah, seramai 31 orang guru turut serta dalam Bengkel Penggunaan ICT dalam P&P yang disampaikan oleh salah seorang guru di sekolah kami. Di bawah ini adalah  gambar-gambar yang diambil semasa bengkel tersebut diadakan :

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/218185_10150156029209022_617389021_6644049_8244489_n.jpg


Penceramah - cikgu Luqman


Slaid yang ditayangkan

Wajah cikgu-cikgu sebelum bengkel dimulakan

Guru-guru kusyuk mendengar ceramah

Cikgu Dewi

Guru-guru sedang menikmati minum pagi di kantin

Tuesday 7 June 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Salam perkenalan buat teman-teman seperjuangan samada di Sekolah Kebangsaan Jeniang(SKJ) mahupun di Universiti Utara Malaysia (UUM). Teruskan berjuang menuntut ilmu hingga ke titisan terakhir.....